LITERASI
MAKLUMAT
1.
Pengenalan
Perubahan
ke arah sistem pendidikan bestari adalah satu usaha baik. Pembestarian sistem
pendidikan di sekolah perlu mengambil kira aspek pembinaan minda/kognitif
pelajar. Program literasi maklumat membantu membina intelek pelajar dan ianya
hendaklah di sokong dan dilaksanakan untuk menjana modal insan yang mempunyai
minda kelas pertama (RMK9)
2.
Definisi
Literasi
Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu
yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam
apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh
didefinasikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi
membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. UNESCO(
2004) menyatakan bahawa :
“Information
literacy is a set of abilities to recognize what and when information is needed
, locate and select critically the information, use ethically and communicate
it effectively”
3.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar
pembangunan negara:
a.
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat
b.
Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia
berpengetahuan
c.
Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai
pengetahuan mengenai “Information Technology” (IT)
d.
Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak
mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
e.
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan
dipermudahkan dengan bantuan ICT
f.
Pembangunan ICT dalam pendidikan
g.
Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung
kepada maklumat
h.
Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan
seumur hidup
Dari
aspek Ekonomi
Menurut
Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan
budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai
literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
- Organisasi
maya (Virtual Organization)
- Bertindak
sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
- Ramai
pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
- Penggunaan
komputer dan sistem elektronik
- Setiap
organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning
Organization)
Siapakah
yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
- boleh
mengenalpasti maklumat yang diperlukan
- boleh
mengenalpasti bila maklumat diperlukan
- bagaimana
dan di mana maklumat boleh dikesan
- menilai
secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
- menggunakan
maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
- melaporkan
maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
- mengguna
maklumat yang diperolehi secara beretika.
4.
Model-model Literasi Maklumat
Terdapat
banyak model-model yang telah dihasilkan. Semua model tersebut mempunyai tujuan
yang sama iaitu mengandungi kemahiran utama seperti :
- keperluan
kepada maklumat (Need Information )
- pencarian
(Search – Sources/information )
- penilaian
( Evaluate )
- pengorganasasian
(Organise)
- aplikasi
(Use))
- penilaian
hasil ( Evaluate the output)
Di
Malaysia model-model yang diguna pakai adalah :
a.
The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Definisi
Tugasan
- Kenalpasti
masalah
- Kenalpasti
keperluan maklumat
|
Strategi
Pencarian Maklumat
- kenalpasti
sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan
|
Lokasi
dan Akses
- kenalpasti
lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
mencari maklumat yang relevan
|
Mengguna
maklumat
- kenalpasti
jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
- meringkaskan
maklumat yang panjang lebar
- mencatat
sumber maklumat yang diperolehi
- membaca,
mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
|
Sintesis
- mengurus
dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
- melapor
maklumat yan diperolehi dengan jelas
- mengambil
bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
- mempersembah
maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
|
Penilaian
- menilai
keberkesanan hasil pencarian maklumat
- menilai
proses perjalanan pencarian maklumat
- mencadangkan
penambahbaikan
- kenalpasti
keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan
|
b.
Empowering 8 - NILIS (National Institute of Library and Information
Sciences University of Colombo Sri Lanka
-
mengenalpasti (Identify)
-
mencari (Explore)
-
memilih (Select)
-
mengurus (Organise)
-
mencipta (Create)
-
melapor (Present)
-
menilai (Assess)
-
mengaplikasi (Apply)
5.
Kemahiran di dalam Literasi Maklumat
Bagi
menjayakan dan membudayakan amalan Literasi Maklumat dalam kalangan warga
pendidik amnya dan murid-murid khususnya, beberapa perkara perlu di ambil kira
dan sebenarnya sudah menjadi budaya di dalam sistem pendidikan di Malaysia
kini. Konsep Literasi Maklumat boleh dibahagikan kepada lima elemen utama dan
perlu diberikan pendedahan iaitu:
·
Kemahiran Maklumat / Perpustakaan
o
Lokasi
Bahan
o
Sistem
Pengkelasan Perpuluhan Dewey
o
Bahan-bahan
Bercetak (Jenis-jenis Buku)
o
Bahan-bahan
Bukan Bercetak ( Carta, Glob, CD, TV Pendidikan dsb)
·
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
o
Penggunaan
Lembaran Pengurusan Grafik
o
Membanding
beza
o
Membuat
ramalan dsb
·
Kemahiran Belajar
o
Membaca
( membaca cepat, bacaan luncuran, bacaan imbasan)
o
Teknik
Mencatat Nota ( Peta Minda, Illustrasi dan Mandala Ingatan)
·
Kemahiran Komunikasi / menyampaikan
maklumat
o
verbal
– mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh
o
menyampaikan
maklumat secara bertulis melalui laporan, esei, penyelidikan dsb
o
menyediakan
‘citation” / nota kaki dan rujukan
·
Kemahiran ICT
·
pencarian
maklumat digital , pangkalan data dan enjin carian
o
menghasilkan
laman web, broser dan risalah
o
menggunakan
perisian-perisian multimedia.
6.
Peranan Literasi Maklumat di dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penguasaan
kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran:
- Melalui
Kerja Kursus
- Melalui
Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup
dan lain lain)
- Melalui
Aktiviti Kelas
- Melalui
Aktiviti Ko-Kuriklum
- Melalui
Kerja Kendiri (independent study)
- Melalui
Program/Aktiviti PSS
- Melalui
Program Membaca
- Melalui
Aktiviti Penyelesaian masalah dan lain-lain.
7.
Penilaian
Penilaian
tidak diukur secara lansung tetapi secara tidak lansung melalui hasilan
pelajar. Kebolehan pelajar di dalam LM dilihat melalui penggunaan maklumat
seperti:
- boleh
mengenalpasti maklumat yang diperlukan
- tahu
bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
- menilai
secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
- menggunakan
maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
- melaporkan
maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
- mengguna
maklumat yang diperolehi secara beretika.
8.
Jangka masa Perjalanan Kemahiran LM
- Tidak
ada had atau masa yang ditetapkan dalam menjalankan aktiviti kemahiran LM.
Ia bergantung kepada jenis aktiviti yang akan dijalankan. Oleh kerana LM
adalah mengenai pembelajaran sepanjang hayat.
- Penerapan
kemahiran tidak perlu dijalankan secara tergesa-gesa. Perkara utama adalah
pentadbir faham, guru matapelajaran faham dan melaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta guru perpustakaan dan media bergerak
sebagai pemangkin dalam menyediakan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah.
9.
Peranan Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Matapelajaran
-
- Menjalankan
kolaborasi bersama guru mata pelajaran
- Sentiasa
mempromosi bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah
- Mengadakan
orientasi Pusat Sumber Sekolah kepada guru dan murid
- Mempermudahkan
peraturan penggunaan bahan dan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah
- Melibatkan
PIBG dan komuniti setempat dalam program LM