Friday 19 April 2013

Ujian Bertulis untuk Pengawas Pusat Sumber

Pada 19 April Pusat Sumber telah menjalankan ujian bertulis kepada semua pengawas pusat sumber sekolah. Soalan ujian adalah berkaitan dengan  AJK Pusat Sumber, sistem Dewey, peraturan peminjaman dan lain-lain lagi. Seramai 60 orang pengawas telah mengambil ujian ini,





















Tuesday 16 April 2013

Aktiviti Kelab Pusat Sumber

Pada 10 April 2013 yang lalu, Kelab Pusat Sumber telah mengadakan aktiviti Treasure Hunt di dalam perpustakaan. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menguji para ahli tentang kedudukan buku- buku yang terdapat di dalam perpustakaan dengan mencari klue yang disembunyikan. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara junior dan senior mereka.







Monday 15 April 2013

Bulan Bahasa SMK Hamid Khan







Sepanjang bulan April ini merupakan Bulan Bahasa bagi Panitia Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.Banyak program dan aktiviti yang dirancang sepanjang bulan ini antaranya pertandingan menulis esei Bahasa Melayu dan Inggeris, pidato, bercerita dan pameran di Pusat Sumber. Berikut adalah gambar-ganbar pameran yang diadakan di Perpustakaan sekolah selama dua hari iaitu 9 dan 10 April 2013