Thursday 28 February 2013

Lawatan Pengetua ke Pusat Sumber Sekolah

Pada 28/3/2013, Pn Hajjah Norizan Bt Abdul Rahsid telah membuat lawatan ke Perpustakaan sekolah untuk meninjau perubahan fizikal yang telah dibaikpulih oleh kontraktor. Beliau berpuashati dengan kerja-kerja baikpulih. Walau bagaimanapun beliau tidakberpusahati kerana tiada penggunaan bagi TV pendidikan.Bagi mengatasi masalah ini, beliau mencadangkan supaya guru-guru yang mendapat relief bagi guru yang cuti sakit membawa murid-murid untuk menonton rancangan tv pendidikan di bilik sumber. Bahan-bahan tontonan akan disediakan oleh Pn Law Siew Peng. Memo perhubungan akan dikeluarkan berkaitan dengan perkara di atas agar guru-guru membawa pelajar untuk menonton rancangan Tv pendidikan. Dengan cara ini diharap markah bagi penarafan IQPSS bahagian TV pendidikan akan diperolehi.

Wednesday 20 February 2013

PROMOSI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH



PROMOSI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PUSAT SUMBER

Mulai bulan Februari 2013 Pusat Sumber SMK Hamid Khan menyediakan perkhidmatan laminating, binding dan mencetak  bahan. Guru-guru dan murid-murid yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini boleh berjumpa dengan Pn Law Siew Peng. Cas yang dikenakan adalah berpatutan.

Senarai harga yang dikenakan

1.  Binding berserta comb bagi 25 helai kertas  A4 ke bawah – RM 1.00
2.  Binding berserta comb bagi 25- 50 helai kertas A4 ke atas- RM2.00
3.  Laminating kertas A4 – RM1.00
4.  Laminating kertas A3- RM1.50
5.  Cetakan dalam bentuk word sahaja (murid sahaja) – RM 0.20 sehelai A4
6.  Cetakan bergambar (murid sahaja)- RM1.00 separuh  A4 dan RM 2.00 bagi sehelai A4.

Friday 1 February 2013

PAMERAN GEOGRAFI DI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PROGRAM KERJASAMA BERSAMA PANITIA)




                                                          Penggunaan Bahan kitar semula.