Aktiviti ini adalah aktiviti yang melibatkan kemahiran mencari maklumat, kemahiran menggunakan kamus dan Kemahiran mencari nombor perolehan.
Thursday, 18 June 2015
Monday, 8 June 2015
LITERASI MAKLUMAT
LITERASI
MAKLUMAT
1.
Pengenalan
Perubahan
ke arah sistem pendidikan bestari adalah satu usaha baik. Pembestarian sistem
pendidikan di sekolah perlu mengambil kira aspek pembinaan minda/kognitif
pelajar. Program literasi maklumat membantu membina intelek pelajar dan ianya
hendaklah di sokong dan dilaksanakan untuk menjana modal insan yang mempunyai
minda kelas pertama (RMK9)
2.
Definisi
Literasi
Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu
yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam
apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh
didefinasikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi
membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. UNESCO(
2004) menyatakan bahawa :
“Information
literacy is a set of abilities to recognize what and when information is needed
, locate and select critically the information, use ethically and communicate
it effectively”
3.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar
pembangunan negara:
a.
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat
b.
Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia
berpengetahuan
c.
Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai
pengetahuan mengenai “Information Technology” (IT)
d.
Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak
mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
e.
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan
dipermudahkan dengan bantuan ICT
f.
Pembangunan ICT dalam pendidikan
g.
Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung
kepada maklumat
h.
Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan
seumur hidup
Dari
aspek Ekonomi
Menurut
Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan
budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai
literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
- Organisasi maya (Virtual Organization)
- Bertindak sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
- Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
- Penggunaan komputer dan sistem elektronik
- Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning Organization)
Siapakah
yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
- boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
- boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan
- bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
- menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
- menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
- melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
- mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
4.
Model-model Literasi Maklumat
Terdapat
banyak model-model yang telah dihasilkan. Semua model tersebut mempunyai tujuan
yang sama iaitu mengandungi kemahiran utama seperti :
- keperluan kepada maklumat (Need Information )
- pencarian (Search – Sources/information )
- penilaian ( Evaluate )
- pengorganasasian (Organise)
- aplikasi (Use))
- penilaian hasil ( Evaluate the output)
Di
Malaysia model-model yang diguna pakai adalah :
a.
The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Definisi
Tugasan
|
Strategi
Pencarian Maklumat
|
Lokasi
dan Akses
|
Mengguna
maklumat
|
Sintesis
|
Penilaian
|
b.
Empowering 8 - NILIS (National Institute of Library and Information
Sciences University of Colombo Sri Lanka
-
mengenalpasti (Identify)
-
mencari (Explore)
-
memilih (Select)
-
mengurus (Organise)
-
mencipta (Create)
-
melapor (Present)
-
menilai (Assess)
-
mengaplikasi (Apply)
5.
Kemahiran di dalam Literasi Maklumat
Bagi
menjayakan dan membudayakan amalan Literasi Maklumat dalam kalangan warga
pendidik amnya dan murid-murid khususnya, beberapa perkara perlu di ambil kira
dan sebenarnya sudah menjadi budaya di dalam sistem pendidikan di Malaysia
kini. Konsep Literasi Maklumat boleh dibahagikan kepada lima elemen utama dan
perlu diberikan pendedahan iaitu:
·
Kemahiran Maklumat / Perpustakaan
o
Lokasi
Bahan
o
Sistem
Pengkelasan Perpuluhan Dewey
o
Bahan-bahan
Bercetak (Jenis-jenis Buku)
o
Bahan-bahan
Bukan Bercetak ( Carta, Glob, CD, TV Pendidikan dsb)
·
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
o
Penggunaan
Lembaran Pengurusan Grafik
o
Membanding
beza
o
Membuat
ramalan dsb
·
Kemahiran Belajar
o
Membaca
( membaca cepat, bacaan luncuran, bacaan imbasan)
o
Teknik
Mencatat Nota ( Peta Minda, Illustrasi dan Mandala Ingatan)
·
Kemahiran Komunikasi / menyampaikan
maklumat
o
verbal
– mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh
o
menyampaikan
maklumat secara bertulis melalui laporan, esei, penyelidikan dsb
o
menyediakan
‘citation” / nota kaki dan rujukan
·
Kemahiran ICT
·
pencarian
maklumat digital , pangkalan data dan enjin carian
o
menghasilkan
laman web, broser dan risalah
o
menggunakan
perisian-perisian multimedia.
6.
Peranan Literasi Maklumat di dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penguasaan
kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran:
- Melalui Kerja Kursus
- Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan lain lain)
- Melalui Aktiviti Kelas
- Melalui Aktiviti Ko-Kuriklum
- Melalui Kerja Kendiri (independent study)
- Melalui Program/Aktiviti PSS
- Melalui Program Membaca
- Melalui Aktiviti Penyelesaian masalah dan lain-lain.
7.
Penilaian
Penilaian
tidak diukur secara lansung tetapi secara tidak lansung melalui hasilan
pelajar. Kebolehan pelajar di dalam LM dilihat melalui penggunaan maklumat
seperti:
- boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
- tahu bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
- menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
- menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
- melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
- mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
8.
Jangka masa Perjalanan Kemahiran LM
- Tidak ada had atau masa yang ditetapkan dalam menjalankan aktiviti kemahiran LM. Ia bergantung kepada jenis aktiviti yang akan dijalankan. Oleh kerana LM adalah mengenai pembelajaran sepanjang hayat.
- Penerapan kemahiran tidak perlu dijalankan secara tergesa-gesa. Perkara utama adalah pentadbir faham, guru matapelajaran faham dan melaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta guru perpustakaan dan media bergerak sebagai pemangkin dalam menyediakan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah.
9.
Peranan Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Matapelajaran
- Menjalankan kolaborasi bersama guru mata pelajaran
- Sentiasa mempromosi bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah
- Mengadakan orientasi Pusat Sumber Sekolah kepada guru dan murid
- Mempermudahkan peraturan penggunaan bahan dan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah
- Melibatkan PIBG dan komuniti setempat dalam program LM
Saturday, 4 April 2015
Sunday, 29 March 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)