Pada 19 April Pusat Sumber telah menjalankan ujian bertulis kepada semua pengawas pusat sumber sekolah. Soalan ujian adalah berkaitan dengan AJK Pusat Sumber, sistem Dewey, peraturan peminjaman dan lain-lain lagi. Seramai 60 orang pengawas telah mengambil ujian ini,
Friday, 19 April 2013
Tuesday, 16 April 2013
Aktiviti Kelab Pusat Sumber
Pada 10 April 2013 yang lalu, Kelab Pusat Sumber telah mengadakan aktiviti Treasure Hunt di dalam perpustakaan. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menguji para ahli tentang kedudukan buku- buku yang terdapat di dalam perpustakaan dengan mencari klue yang disembunyikan. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara junior dan senior mereka.
Monday, 15 April 2013
Bulan Bahasa SMK Hamid Khan
Sepanjang bulan April ini merupakan Bulan Bahasa bagi Panitia Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.Banyak program dan aktiviti yang dirancang sepanjang bulan ini antaranya pertandingan menulis esei Bahasa Melayu dan Inggeris, pidato, bercerita dan pameran di Pusat Sumber. Berikut adalah gambar-ganbar pameran yang diadakan di Perpustakaan sekolah selama dua hari iaitu 9 dan 10 April 2013
Wednesday, 27 March 2013
PAMERAN DAN JUALAN BUKU PUSAT SUMBER 2013
Pada 19 dan 20 Mac 2013 pusat sumber sekolah dengan kerjasama dari syarikat buku Synersees telah mengadakan pameran dan jualan buku. Pameran ini mendapat sambutan yang agak mengalakkan dari pelajar dan guru. Berikut adalah antara gambar pameran.
Tuesday, 5 March 2013
BENGKEL PROSES TEKNIK BUKU UNTUK PENGAWAS PUSAT SUMBER
Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Bengkel Proses Teknik Buku kepada ahli-ahli Kelab dan Pengawas Pusat Sumber. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menngkatkan kemahiran pengawas-pengawas serta ahli kelab Pusat Sumber. Mereka diajar bagaimana untuk memproses buku secara manual. Bermula dari menulis no. perolehan,nombor perpuluhan Dewey, menampal tulang buku, cop perolehan, cop rahsia, tampal poket buku , tarikh pemulangan dan kad peminjaman buku. Diharap bengkel ini boleh meningkatkan kemahiran para pengawas dalam menjalankan tugas mereka membantu GPM dalam kerja-kerja memproses buku. Ini adalah sebahagian gambar yang diambil semasa sesi bengkel dijalankan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH
FOTOSTAT DAN SCAN BAHAN
HEAVY DUTY STAPLE
LAMINATING BAHAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)






