Wednesday, 3 July 2013

PEMANTAUAN PUSAT SUMBER OLEH PEGAWAI PKG GELUGUR , EN AZMAN

Hari ini 3 Julai 2013, En Azman pegawai dari PKG Gelugor telah datang untuk memantau pusat sumber SMK Hamid Khan. Hasil daripada pemantauan yang dilakukan En Azman berpuashati dengan setiap bahagian A hingga F. Walaubagaimanapun ada sedikit penambahbaikan yang masih boleh dilakukan seperti penunjuk arah, pelan kebakaran, perbanyakkan kerjasama dengan panitia. Hasil dari pemantauan ini juga pusat sumber sekolah berjaya mendapat markah yang boleh dianggap baik berbanding tahun-tahun sudah. Terima kasih diucapkan kepada Pengetua sekolah Pn Norizan Bt Abdul Rashid yang banyak memberi nasihat dan menyokong ada setiap aktiviti yang dijalankan Pusat Sumber. Terima kasih juga kepada para pentadbir lain, AJK Kerja dan Induk dan para pengawas yang banyak membantu dalam menguruskan Pusat Sumber Sekolah. Semoga tahun hadapan markah yang diperolehi dapat dipertingkatkan lagi.

No comments:

Post a Comment